Superb Followers (:

Coca Cola menghina Islam?


Assalamualaikum, subuh yang hening kan..sejuk jer hari ni, baiklah. Kali ini aku nak cerita sikit pasal minuman yang korang hari-hari duk belasah minum tu. Tak kisahlah di kedai mamak, 7-Eleven, dan memana sekali pun, mesti pernah jumpe dengan benda ni…air Cola…atau dikenali lagi sebagai Coca Cola.
Sebenarnya, takde apa yang pelik pun pasal minuman ni, ramai yang dah tahu semua kandungan gula la, tahap keasidan dalam Coca Cola ni, malah kawan aku sendiri pernah cakap, kalau takde Clorox atau Harpic nak buat pembersih lubang jamban, boleh guna benda Coca-Cola ni. Kajian oleh para saintis pun dah tunjukan efek kimia benda ni amatlah dashyat malah sesiapa yang rajin, boleh buka Youtube dan search video pasal CoCa cola ni.
First of all, korang yang baca entri ni tak payah risau sebab minuman tu halal. Ya, mencari yang halal itu fardu…huhu…entri kali ini memang ada kena mengena pasal Islam tapi takde kena mengena pasal halal atau harap. Apa yang ingin disentuh kali ini adalah pasal branding logo Coca-Cola itu sendiri. Apa yang aku boleh katakan, memang penemuan yang menganggumkan lah. Aku pun dah lama tak minum air tu lepas tau pasal ni.

Baiklah, mungkin ramai dah yang dah tau mengenai “apa” disebalik logo branding Coca-Cola tu. Kalau yang dah tau, boleh terus skip ke comment form, atau nak bace pun boleh, yang tak tahu, silalah bace ye. Jangan segan-segan. Huhu… :) Selain tu, aku nak mintak maaf dulu kalau korang jumpa kata-kata makian melampau dalam entri. Geram tol menengok gambar yang menghinakan camni..
Menurut kajian para pengkaji konspirasi, terdapat sesuatu simbol pelik dalam logo coca-cola itu sendiri. Pelbagai tesis (bukan theme wordpress, ni adalah kajian ye) dilaksanakan dan akhirnya membawa kepada hasil yang cukup menyakitkan hati. Aku malas nak bercakap banyak, tengok jer la.
Yang dibawah ni adalah Logo Coca-Cola yang telah di”flip”kan untuk menampakkan perkataan yang tersembunyi…
La Muhammad, La Mecca
Dan ini pula pengimejan tanpa warna dan penstrukturan mengikut font Arabic…
La Muhammad, La Mecca
Nampak..apa yang dituliskan? La Muhammad, La Mecca iaitu Tidak kepada Muhammad, Tidak kepada Mekah…dasyat tol diorang ni..
Benda ni dikatakan menjadi kontroversi yang hangat satu masa dahulu, dan hingga sekarang, tetap juga ada simbol ni, tak pecaya? Cuba pergi kedai nanti, amik tin coca-cola tu tengok. Selain itu, lagi hampeh ada pula brand-brand lain yang juga mempunyai simbol-simbol atau perkataan menghina camtu.
image
Dan dirotatekan kepada 90 degree anti-clockwise…
image
Oh Tidak!, ada lagi… ni lagi hampeh, kasut Nike, aku tak tahu la designer dia ni sengaja design camni untuk nampakkan bentuk flame (api), tapi kalau tengok betul-betul, lain dah pulak jadinya..
image
Memang dekat kasut tu tak berapa nampak sangat, kalau nampak sangat mesti orang dah protes ramai-ramai tak nak beli kasut Nike tu, tapi memang tak sanggup la bila nama yang terlalu Agung diletakkan di kasut, tempat dimana letaknya kaki iaitu paling bawah dalam tubuh badan manusia..MasyaAllah..!!!
Jadi, inilah yang perlu kita hadapi diakhir zaman. Semakin hari, semakin banyak benda-benda menghinakan. Kalau tak silap aku, baru-baru ini ada seorang blogger juga mengaitkan Microsoft dalam hal Illuminati dan Freemason, kalau rajin sila la ke blog beliau. Macam-macam benda sekarang kalau dikaji ada je yang tersirat. Apa nak jadi la dengan dunia ni…
Update 23 April: Aku dapat SMS dari kawan aku mengatakan ada pelajar dari universiti di Arab mengesahkan bahawa air minuman Coca-Cola mengandungi tulang khinzir dan tak dapat dipastikan juga, minuman malt, Horlick mengandungi enzim khinzir. Erk, betul ke ni?