Superb Followers (:

Jelitawan Miss USA 2010 beragama Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, adakah korang membaca berita 2-3 hari lepas pasal satu isu panas dan kontroversi di Amerika Syarikat? Baiklah, mungkin kebelakangan ini lebih kurang banyak jugalah isu panas dan kontroversi yang melanda umat Islam termasuklah isu Hari Melukis Muhammad yang diisytihar pada 20 Mei lalu dan menyebabkan Facebook disekat di Pakistan dan seterusnya ialah isu yang aku nak cakap dimana seorang perempuan Islam di Arab mengalami transformasi fizikal sehingga digelar Miss USA 2010..
Inilah dunia Islam hari ini. Terkejut juga bila aku membaca mengenai berita ini di laman web BBC.  Bagaimanakah seorang Islam, perempuan pulak tu boleh memenangi acara ini. Tidakkah beliau sedar yang apa yang dipertandingkan atau diperjuangkan oleh beliau itu menyebabkan bangsa lain sekaligus memandang pelik. Atau beliau sendiri merasakan kemenangannya itu satu detik perjuangan baru dunia Islam moden dan beliau perlu berasa hebat kerana berani memecahkan tembok sempadan dan batas-batas seorang perempuan Islam? Siapakah beliau yang aku maksudkan? Beliau adalah Rima Fakih.
Apa pula pandang korang, adakah korang merasakan yang beliau ini hebat? Bak kata sebuah akhbar tabloid tempatan, transformasi yang dibawa oleh Rima inilah yang dikatakan mengubah ideologi masyarakat dunia tentang dunia Arab yang dikatakan seperti berpurdah dan bertudung. Selain itu, inilah yang dikatakan transformasi dari purdah/tudung ke bikini (bukan Bikini Bottom yang Spongebob tu).
Rima Fakih, seorang gadis 24-tahun berketurunan Syiah dari Lubnan, sebuah negara Arab di Timur Tengah diisytiharkan sebagai pemenang Miss USA pada Rabu lepas menetap di Dearbon, Michigan, Amerika Syarikat selepas memenangi pertandingan yang diadakan Pusat Percutian dan Kasino di Las Vegas yang dikenali juga sebagai ‘Bandar Dosa’ (Sin City).
Jelitawan Miss USA 2010 - Rima Fakih
Rima yang turut digelar ‘Ratu Hizbullah’ oleh sesetengah pihak turut menjadi wanita pertama beragama Islam yang memenangi pertandingan tersebut. Aduhai la.. Mengikut perkembangan terkini yang aku baca dari sumber-sumber Internet, Rima dikatakan sedang bersiap sedia untuk pertandingan Miss Universe 2010 yang akan diadakan pada musim panas ini nanti.
Apa yang menarik pehatian aku mengenai Rima Fakih ni, aku rasakan bahawa mengapakah tiada satu pun pihak-pihak khususnya Islamiah di Amerika Syarikat mahupun di Timur Tengah  tidak menghalang beliau dari menyertai pertandingan itu secara keras.  Malahan yang menjati lebih kontroversi disini, mengapakah Rima diterima memasuki pertandingan itu? Tidakkah mereka terfikir yang Rima ini bakal membuka apa yang perlu ditutupnya sebagai seorang Islam?
Menurut maklumat yang aku baca dan temui juga di Internet, untuk memenangi pertandingan tersebut memerlukan sesuatu untuk dilaksanakan. Dalam kes Rima, sesuatu tersebut amat berat dan amat bertentangan dengan budaya serta sifat-sifat seorang Islam. Sebagai contoh, berjalan-jalan sambil memakai baju renang (bikini)… wajarkah?
Mungkin, jika kita renungkan dari perspektif penyatupaduan Arab, dilihat seolah-olah tindakan Rima ini menyebabkan pemikiran masyarakat dunia terhadap Arab berubah. Ianya digelar sebagai tidak wujud deskriminasi Amerika terhadap golongan Arab. Malahan, beberapa pihak turut menyambut baik kejayaan Rima tersebut..
Seterusnya, jika dilihat pula dari perspektif umum tatacara masyarakat global, tindakan Rima seperti penampilan dan pakaian sudah tentu menjadi ikutan anak-anak muda diseluruh dunia. Mungkin, satu hari nanti pemikiran mereka mengenai dunia Arab yang dikatakan bersopan dan mengamalkan nilai-nilai Islam akan terhakis dan seterusnya akan timbul pula perkataan “Orang Arab sendiri boleh berpakaian seksi, mengapakah kita di luar Arab tak boleh?”
Kejayaan itu walaubagaimanapun seolah-olah satu penghinaan terhadap penduduk dikawasan Hisbullah di Beirut yang  dalam perkembangan lain mengatakan jika Rima Fakih dengan pakaian gaun yang memperlihatkan belahan dada serta bikini (boleh dianggap seksi), dia sudah tentu (Rima) akan dihukum.
Bagi pandangan aku, kemenangan Rima sebagai seorang yang beragama Islam memenangi bertandingan tersebut merupakan suatu yang tidak wajar. Malah, penerimaan masuk beliau kedalam pertandingan tersebut merupakan sesuatu yang tidak wajar.
Akhir sekali, cuba fkirkan, jika agaknya mereka yang berasal dari Arab yang terkenal dengan nilai ke-Islam-an yang tinfggi pun boleh terpengaruh dengan permainan dunia seperti ini dan seterusnya membelakangkan hukum agama, inika pula kita… kita yang kebanyakkan kadangkala leka dengan kehidupan sementara di bumi, Kita (termasuk aku) yang kadangkala melewatkan waktu solat, kita yang kadangkala sengaja tidak berpuasa dibulan Ramadhan…
Mungkin, inilah yang dikatakan, akhir zaman.